Entry yang aku tulis ni dah lama main dalam kepala cuma mungkin belum sampai seru untuk aku menulis mengenainya atau lebih tepat lagi aku malas. Baru-baru ni Encik H update entry pasal lagu, dan entry ini pon tak lari tentang muzik yang aku rasa memang dekat dengan diri aku.
Ishh..tak reti pulak nak mula macam mana. Sebenar aku cuba membandingkan lagu-lagu yang ada sekarang dengan lagu-lagu yang boleh dianggap retro. Jika aku melihat dari perspektif penulisan lirik dan bait-bait ayat yang digunakan dalam sesebuah lagu tu sendiri, aku pilih lagu retro.
Bukan bermaksud aku menolak mentah-mentah semua lagu-lagu yang ada sekarang. Tipu sangat kalau dikatakan begitu. Cuma aku suka melihat dan mendengar susunan lirik lagu-lagu yang oldschool ni berbanding lirik lagu-lagu sekarang.
Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidupmu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan..
Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidupmu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan..
Kau tak rasa lirik ni tersusun indah ke? Ini cuma contoh, dan mungkin ada lirik lain yang lebih indah. Jika dan sekiranya nak dibanding dengan lagu sekarang-- Poking-poking-tagging-tagging-liking-liking-flirting-flirting..duh~ apa tu -__-ll Atau mungkin ini hanya luahan selera aku dan aku tidak boleh tidak menafikan selera telinga orang lain yang aku percaya berbeza sesama kita. Atau mungkin belum cukup senior dan berpengalaman untuk menilai semua ni. *banyak sungguh kemungkinan. Alaa..aku kan ada ramai kakak-kakak dan abang-abang yang lebih senior kat sini. Ye dak? :D
Oke, yang kat bawah ni takde kaitan--cuma kalau tengok dari mula sampai akhir gua shukew part Abam Mus May :x

