Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Monday, August 20, 2012

Nafas Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullah. Ada yang nak jemput aku ke rumah terbuka? Macam mana dengan hari raya korang? Aku doakan semoga korang sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang, sama macam apa yang sedang aku rasakan. Bertuah masih bernafas hingga ke hari ini, hidup dalam keadaan aman dan damai hendaknya-- Alhamdulillah.

Salam Lebaran :)



Alhamdulillah juga sebab aliran masuk duit raya masih ada walaupun mungkin sedikit merosot. Hello..guwa masih student oke.. memandangkan guwa still belum konvo, kahkahkah! Time-time macam ni laju je mengaku student kan. Pesan aku, salam tu lama sikit ekeke..

Masuk hari kedua berhari raya, aku syak mungkin masih ramai yang berada di kampung halaman masing-masing. Sibuk benor kome beraya ye.. Takpelah, bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai ye dak? Itu sebenarnya yang lebih penting sebab aku sendiri mengaku still ada sedara mara yang aku sendiri tak cam. 

Ada gaya berdiri sebelah YB tak =P


Apa pun salam lebaran dari aku buat semua sahabat blogger. Korang memang best--tak tipu. Jemput datang rumah rasa tart kurma dari aku muwahaha.. Oh ya, ada orang ingt guwa yuna. Eh, guwa bukan yuna kahkah!


Saturday, August 18, 2012

Perempuan


Acap kali aku bertanya soalan demi persoalan yang sama hingga sampai ke satu tahap aku sepatutnya sedar dan seharusnya faham. Redha atau lebih kepada menerima sesuatu yang sememangnya telah diaturkan untuk aku. Aku perempuan--itulah bezanya.

" kamu masih dibawah tanggungjawab mak dan ayah sehinggalah kamu berkahwin--insyaallah suatu hari nanti"



Friday, August 17, 2012

Posto! Posto!


Nangis-nangis guwa buat kad raya ni.
Istimewa untuk semua teman2, supporters, pembaca dan followers 
blog Chuu Muqhlis. 

Maaf Zahir dan Batin :)

Friday, August 10, 2012

Hukum Memandulkan Kucing


Aku taip dan kemudian aku tekan butang backspace. Taip dan backspace. Itu la yang aku buat untuk masa ni, tak tahu nak mula dari mana mungkin kehabisan idea.

Beberapa hari lepas, aku menghadiri satu temuduga untuk jawatan graphic designer tapi tak berjaya. Tak perlu tanya mengapa sebab yang pasti bukan kerana kekhilafan aku tapi sebab pengurusan syarikat tu sendiri yang tak beretika malah lebih tepat aku katakan TIDAK BERDISPLIN. In fact, syarikat tu dah panggil aku untuk inteview, aku dah datang jauh-jauh at last orang yang nak temuduga aku tak hadirkan diri. Memang dapat maki dari aku.

Oke bukan inteview yang aku nak cerita sebenarnya. 

Menyimpang dari bab interview, sebelum balik rumah aku singgah di Jabatan Vaterina Kuala Kubu Bharu untuk bertanya mengenai kos memandulkan kucing. Memandangkan ada 4 ekor anak kucing (adik kepada Putih) baru lahir kat rumah ni, so ayah ambil tindakan awal untuk mandulkan Putih sebelum dia bunting. Now total kucing kat rumah ada 6 ekor.



The next day aku teman ayah ke Rawang--angkat satu sangkar kucing dan petang tu juga Putih di bawa ke klinik. Kos total around RM120- RM130 tapi pagi tadi aku search ada pulak lagi murah-- around RM80 saja. Mushkil pulak aku :-?

Ok, yang ni penting--kucing yang nak dimandulkan perlu atleast 6 bulan tahu? Bagi kucing yang dah beranak pulak perlu at least sebulan selepas beranak. Dan kucing tersebut perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum operation. Macam manusia jugak lah kot, before operation mesti mau puasa maa.. 

Encik doktor bagi ubat antibiotik dan ubat untuk disapu pada luka jahitan. Kecik je kira-kira 5mm camtu. Lepas pick up dy dari klinik semalam, Putih terpaksa dikuarantin untuk beberapa hari sebab nak pastikan dia betul-betul pulih. Ouh sayu sungguh aku keadaannya melihatnya :|

Rasa sebak sangat masa pick up dia..
Semoga Putih cepat sihat.

*****

Hukum memandulkan kucing:






Psst~ sebenarnya gua tak sanggup nak taip perkataan 'memandulkan' tu -__-

Tuesday, August 7, 2012

Kuih Sarang Semut dan Air Batu

This is my first time--Kuih Sarang Momot. Alhamdulillah menjadi. Sori kalau ada yang terasa sebab pos gamba makanan dalam pada bulan puasa ni..dan minta maaf jugak sebab lama x update n blogwalking kat blog korang-korang. 


Sebenarnya hari ni rasa down sikit sebab rasa macam kena tipu dengan pihak pengurusan yang ntah hape-hape. Mak aku bilang kalau dah berjanji baik lah kita tepati. Kalau tak, serupa bikin air batu, dah keras kau letak bawah matahari pulak. Nak buat milo ais tak kesampaian apetah lagi nk kunyah air batu. Sia-sia je..

p/s: Kad raya baru je pos tadi. Salam ramadhan!

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.