Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, March 9, 2012

Kematian Jua yang Tiba

Sedang bunga yang bercambah mekar
Tidak gentar dan takut 
Pada teriknya mentari
Kuatnya tiupan sang angin
Mahupun lelah badai yang datang

Moga kau terus kuat
Biar akhirnya tetap akan jatuh
Tertunduk layu
Mati 

Thursday, March 8, 2012

Golden Key is Kunci Kebahagiaan



Mungkin dah lebih dari 12 jam. Walaupun tak berterusan tapi menjelang pagi hingga ke tengahari ni makin menjadi-jadi pulak. Makin lebat. 

Jadual kelas sem ni agak lapang. Kelas hanya pada hari isnin malam, selasa petang dan selasa malam. Selain dari tu free la kiranya. Memandangkan sekarang ni hujan sokmo, jadi pergerakan agak terbatas. Kepada yang memandu silalah berhati-hati ye (apesal da macam pesanan khidmat masyarakat -___-||)

Last but not least, Happy Gugurl Day ♥
*tajuk tu err...

Wednesday, March 7, 2012

Mumble

Terdetik dihati nak tutup blog. Choi! kalau ditutup maka akan hilanglah nama Chuu Muqhlis gamaknya. Ye dak? Is actually sem ni agak busy. Amboih, kau ingat kau menteri sangat nak busy2 hihi. Dua hari lepas chuu baru saje habiskan 3rd presentation untuk fyp. Ok2 la hikhik :P


Project on packaging design. Err bole kata ni promo item gak la kot :P

Wednesday, February 22, 2012

Assalamualaikum

Termenung jap depan lappy tak tahu nak mula dari mana. Hasrat hati nak mula dari awal. Err.. tapi tak tahu macam mana. Terasa makin kekok, bengkok, bongkok. Rasa janggal untuk menulis semula. Nak pulak sem baru ni kian mencabar dan sibuk. 
Sem 6. 

Agak payah untuk memulakan semula sesuatu yang dah sekian lama ditinggalkan. Assalamualaikum blogger :)

Nah. Bunga ciput untuk korang.

Sunday, January 8, 2012

Aku Beralih Kiblat

Masa nak solat Asar tadi, aku secara tak sengaja telah TERmembentangkan (hancur BM) sejadah secara terbalik. Terus aku teringat akan satu peristiwa yang berlaku masa aku kecik-kecik dulu. Ketika tu masih baru nak belajar sembahyang kiranya. 

Cerita ni mungkin agak bangang..

Masa tu, kalau nak ikut kiblat pelan tapak bilik aku, ketika sembahyang aku akan membelakangkan pintu bilik. Masa tu entah solat Maghrib atau Isyak. Maka tak hairanlah kalau aku agak takut-takut dalam rumah sendiri. Nama pun budak. Memandangkan pintu bilik aku tidak berpintu *paham dop? kiranya just ada langsir sahaja.


Aku selalu terbayang masa tengah solat tiba-tiba datang dari belakang makhluk jahat atau hantu jembalang datang terkam dari belakang. Maklumlah, pintu di belakang. Apa yang datang mana nampak kan? aku fikir macam tu.


Maka aku yang bijaksana lagi sengal ubi ketika itu tanpa segan silu menukar arah kiblat dari yang sepatutnya. Dengan harapan apa saja yang datang aku tak akan gentar lagi. Sebab aku boleh kawal laluan keluar masuk  pintu bilik aku. Gile!


Begitulah flashback saya...


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.