Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Saturday, June 22, 2013

Dunia Yang Tidak Sebesar Mana.


Awal bulan ni, ada sorang staff baru kat ofis. Namanya Aimi, orangnya comel. Satu team dengan aku sebagai GD. Boleh aku aku hold dulu cerita tentang Aimi?

****

Cek Aien & Cek Bulat.
Sabtu lepas aku lepak dengan ex-roomate @ senior masa tahun pertama kat universiti, Cek Aien dan Cek Bulat. Dulu pernah buat 1 entry berkaitan mereka kat sini. Pada tahun kedua diorang grad. Jadi nak diikutkan lebih kurang 3 tahun kami tak berhubung. Kalau ada pn sekadar kat FB. Tapi faham2 lah kalau kt FB pn bukan tegur2 sangat. Sikit-sikit ada la..

Selama 3 tahun tu, tah macam mana baru-baru ni baru dapat tahu yang rupa-rupanya Cek Bulat pun sedang menetap kat Bangi. Alahai, tak sangka. Dekat je rupanya. Masa lepak-lepak sabtu lepas. Banyak cerita keluar. Cerita pasal perkembangan masing2. Rasa macam tak cukup sehari kami bersembang. 

Pung pang pung pang sembang, Cek Bulat cakap dia kerja dekat ***Dream. Rupa-rupanya sebelum ni Aimi merupakan GD kat ***Dream. Dan sekarang GD kt company sama dengan aku pulak. Terasa kecil je dunia. Kan.

Aku dan Kak Dah.
Kebetulan. Satu lagi situasi. Siang tadi aku lepak dengan Atikah-dia ni satu team volleyball dengan aku masa kat Matrik Penang. Lebih kurang dah lima tahun tak jumpa. (Tetiba aku rasa macam dah lama tinggalkan zaman study) Nak dijadikan cerita macam mana punyalah kecik dunia ni.. korang boleh tengok sendiri. Siap Kak Dah pun boleh terlibat sama dalam situasi 'kecilnya dunia' ni hehe.


Kecilnya Dunia.
Memang betullah kata Atikah..lari macam mana pun kita akan jumpa balik..In Sha Allah kalau diizinkan-Nya. Btw, ada lagi satu situasi tapi mungkin aku tak perlu cerita. Korang mesti pernah lalui situasi ni jugak kan? Apa pun, rasa happy sebab dikelilingi keluarga, teman dan kawan-kawan yang membahagiakan. Terima kasih semua :)



9 comments:

  1. okey..cepat cerita pasal Aimi!! :D

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kdg2 yg kita sangka.. :)

    ReplyDelete
  3. mmg dunia nih kecik jer . sbb tu biar ramai kwn jagn ada lawan . nanti sakit jiwa bila jumpa balik ...

    ReplyDelete
  4. dunia ni kecik2. Ntah2 aku pnh selisih bhu ngn ko chuu. Siapa tau kn. Haha.

    ReplyDelete
  5. Aku dah syak aku mesti ada dalam story lepas baca tajuk entri kau ni..Hoho~

    ReplyDelete
  6. bestnye jumpa kwn2 lama. jejak kasih gitew~

    ReplyDelete
  7. mcm suratan, eh kebetulan. hehe

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.