Satu. Siapa peduli? Hanya sekelumit, namun ia tetap ada. Melengkapkan sistem kehidupan.
Kalkatu selalu berada di bawah lampu kan? Betul. Mak cakap, kalkatu sebenarnya bercita-cita tinggi. Terlalu tinggi untuk terbang ke langit lalu menerjah sang bulan. Tapi sayang bulan yang disangka tidak seindah yang digambarkan. Hanya mampu terbang dibawah lampu yang disangkakan sang bulan. Kesian. Sedang aku sendiri tidak tahu sama ada kalkatu tahu atau tidak bahawa kalkatu telah menggapai bulan yang palsu.
Dua. Setiap kali tiba musim kalkatu merupakan satu petanda..Mak aku cakap.. Petanda yang kami mungkin akan menerima rezeki dari Dia. Insyaallah. Sebab kalau ada kalkatu, maka tak lama lagi aku akan dapat menikmati manisnya sup cendawan yang aku sendiri petik dari hadapan rumah di atas busut itu. *Arghh rindunya nak makan sup cendawan emak.
Suatu pagi selepas hujan--memetik cendawan bersama emak |
Sesenarnya aku sendiri tak pasti apa kaitan antara kalkatu dan cendawan. Tahu-tahu jiran aku dah ketuk pintu rumah dan memberitahu yang adanya cendawan, sedia untuk dituai (kami sendiri pun tak perasan) Mungkin terbitnya cendawan itu yang memanggil-manggil kelkatu untuk hadir. Entah, aku takde jawapan. Yang pasti aku redha..Rezeki cendawan free HAHA.
Tiga.Sampai ke hari ini ade satu sajak yang dah stuck dalam kepala aku--tentang kalkatu. Sajak yang aku baca tika aku sedang di bangku sekolah rendah lagi.
Kalkatu,
terbangnya tak tinggi,
Di bawah lampu
gugur ke bumi.
Kalkatu,
Di aspal bertaburan,
Hatinya pilu,
Rindukan keindahan.
*Terasa rindu yang sangat dalam bila terkenangkan emak..
sedapnya sup cendawan. comel pulak tu :)
ReplyDeletefuhh..aku ingat ko buat sup kalkatu tadi chuu..hahahha..tp ye la..cendawan putih tu sedap..kenyal sikit dari yang tanam..
ReplyDeletekat aku kau rindu tak?haha....kalkatu memang bercita-cita tinggi wei...haha....
ReplyDeletep/s: soalan kau akan aku jawab di next entry,haha
rasanya aku pernah makan cendawan seperti dalam gambar tu..
ReplyDeletesajak tu best.. ringkas..
weyh,aku pulak yg terasa nak makan pulak,ish banyk btl wishlist makanan aku belum tunaikan,hehe
ReplyDeletenak cendawan sikit! :p
ReplyDeleteyeke mksud dia cmtu ? tp kita geli dgn kalkatu. hahaha... selalu kena serbu.. hakhak...
ReplyDeletekalau kat kg dl...nenek ira sll ckp kalau ada kalkatu jap lagi nak hujan la tu..ehee..mmg betul..:)
ReplyDeletecendawan...terbayang cendawan kat busut kayu y ditebang..kt kg dl sll ada..msk rempah..sedapnyaa..wuuuuuu
pss : ooh namanya soft clay ea..xpnh tnye n tgk plak..hee..tp comel!
kalkatu tu yang ada sayap tu kan??yang macam semut tu kan? tapi besar kan?
ReplyDeletesiap dah entri untuk soalan ang chuu :P
ReplyDeletecendawan busut! Sedapppp!!!!
ReplyDeletesayu weh aku baca entri ni..call la mak ko.
ReplyDeletekalkatu, byk kalau musim hujan.
tapi kenapa cendawan tumbuh selepas hujan??
sup cendawan tu nampak menyelerakan.