Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Saturday, May 18, 2013

Daftar Haji Guna KWSP

Aku rasa entry ni agak basi sebenarnya sebab dari hari tu nak update tapi asyik tertangguh saje. Bukan apa, nak update kat opis banyak keje. Dah sampai rumah menjadi-jadi pulak malasnya. 

Tempoh hari aku telah menunaikan hajat untuk mendaftar haji. Ni lagi satu hal. Dari dulu asyik tertangguh tapi kali ni bersebab. Simpanan belum cukup ekeke. Untuk mendaftar haji kena ada minimum RM1300 dalam akaun tabung haji. Alhamdulillah akaun tabung haji sedari kecil lagi ayah dah tolong bukakkan. 

Tapi kalau tak cukup simpanan pun takpe sebab ada option lain. Syaratnya mendaftar guna KWSP. Syaratnya akaun pertama ada sekurang-kurangnya RM1300. Hari tu first time print out penyata KWSP. Mula-mula ingat akaun kedua yang kena ada RM1300 tu. Dah sedih dah tak dapat nak daftar. Rupa-rupanya akaun pertama. Syukur. Jadi bolehlah teruskan hehe.

Daftar kat mana-mana cawangan tabung haji pun boleh. Senang dan cepat je urusan pendaftaran tu cuma bawa IC dan penyata KWSP. Dan make sure akaun pertama tu mestilah at least RM1300. Macam awak ni tak sampai setahun pun lagi bekerja jadi, ada cukup-cukup makan je. Cuma haritu masa daftar ramai betul orang, kena lah tunggu lama sikit.





16 comments:

  1. Replies
    1. hehehe so boleh dftar pulak lepas ni ;)
      kan punzell :D

      Delete
    2. insya-allah....

      dah lama tak berisi akaun tu...

      al-maklum bukan senang mana

      :)

      Delete
  2. owh nice sharing chuu.saya dah buka akaun juga...parents pun dari adik2 kecil mmg dah asingkan sdkt duit khas utk tabung haji ^^

    ReplyDelete
  3. Semoga niat baik tu terlaksana...amin...

    ReplyDelete
  4. 2061? ehh tahun 2061 ker? jap. nak buat kira2. umur ko aku agak dalam 25-26. 2061, tempoh masa 48 tahun. campur 26 = 74. maknanya umur ko 74 tahun baru boleh pi haji ker? ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba aku blurr. mohon pencerahan.

      Delete
    2. sebenarnye tu hanya anggaran., kalau baget dah cukup dan ada kekosongn insyaallah dah boleh menunaikan haji..setahu aku lah..

      Delete
  5. selamat menabung!

    er murah je. RM 15. Siap pos RM 20.00 murahkan...hahaha

    kueh

    ReplyDelete
  6. niat nak buka buku tabung haji tak kesmpaian lagi..mcm mne nak dftar haji ni

    ReplyDelete
  7. guna kwsp pun boleh rupanya ye.menarik ni

    ReplyDelete
  8. aku rasa komen aku ni pun dah basi chuu..

    sebab aku dah lupa nak komen apa..hahaha..selamat menunaikan haji, in advance..

    ReplyDelete
  9. chuuuu...tak ramai kot yang tahu boleh daftar haji guna kwsp dengan syarat-syarat camni.


    ada masa sok aku nak p daftar la. guna cara ni.. insyaAllah....ada niat.


    semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.