Hyeps! Happy Monday. Hari ni aku ambil cuti sehari, saja nak pakai cuti tahunan aku yang masih berbaki plus cadangnya nak uruskan pendaftaran haji dekat cawangan tabung haji. Semua segala urusan dipermudahkan. Ok. Tu intro.
Baru beberapa hari lepas sembang-sembang dengan Aien pasal aktiviti-aktiviti luar. Sebenarnya aku memang agak suka buat aktiviti macam hiking, kayak, jungle tracking semua tu. Seronoknya semalam dapat pergi Port Dickson. Kalau nak diikutkan Bangi ke Port Dickson takde lah jauh sangat kut. Aku rasa aku dah lebih 5 kali berulang ke sana sepanjang aku di Bangi.
Asalnya semalam nak mandi laut je..santai-santai. Tah macam mana boleh termain kayak pulak. Woha! Lagi lah aku suka. Murah saja. RM15 untuk sejam. Aku ingat berpuluh-puluh ringgit. Lagi pun makcik yang handle kayak ni pun sempoi je aku tengok macam tak berkira sangat haha belasah je lah XD
|
Masa kayak tu matahari dah terpacak betul2 atas kepala. Panas woh! |
|
Langit nan membiru. Cewahh! |
Mujur semalam cuaca pun cantik. Dapat menikmati pemandangan laut yang luas terbentang. Ahh..nyamannya! Terima kasih encik Chak sebab teman saye jalan-jalan. Lain kali nak datang ramai-ramai..boleh main banana boat pulak! JOM korang :D Oh ya, Happy 3rd anniversary awak. EH!