Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Tuesday, July 19, 2016

Open House Raya





Sabtu baru ni aku menghadirkan diri ke rumah terbuka raya Aurawhite. nak tak nak aku kena jugak pergi. Open house ofis sendiri tak kan tak pergi pulak kan. Chak tak ikut tahun ni. Tak macam tahun lepas. Aku pun tak paksa dia datang dan faham sebab aku tahu aku akan busy sepanjang open house tersebut. Lain lah kalau aku datang untuk makan semata-mata. Maklumlah, tuan rumah kan?

Sebahagian Daripada Family Aurawhite Global

Berlangsung di tempat yang sama, Palace Of The Golden Horses, Serdang, aku gerak sekali dengan Ili dan Ayna, Nasib baik, kalau tak sorang-sorang aku drive ke sana. Walaupun nak diikutkan memang tak jauh pun dari rumah aku sekarang. Sampai ke petang jugaklah aku stay sebab tetamu yang datang macam air je tak surut-surut. Belah petang tu aku dah mula rasa mual-mual, penat agaknya. Banyak berdiri.

Sempat bergambar dengan Dato Aliff, ceewah nak jugak!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Settle satu hal. Brovo!


Friday, July 15, 2016

Aidilfitri Kini


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.


Tahun ni tak banyak gambar raya, tak banyak berjalan raya, Kebetulan tahun ni turn abang beraya di kampung isteri kat Perlis. Maka tinggallah aku yang hanya dua beradik beraya bersama mak dan ayah. Pun begitu,  tahun ni tak sama macam tahun-tahun sebelum ni memandangkan tahun ni tahun pertama beraya bersama suami tercinta, cewah! (Nampak tak betapa dah lamanya tak update blog tiba-tiba dah berlaki LOL)

Walaupun cuti Chak tak panjang tapi sekurang-kurangnya sempat beraya bersama pada hari raya bersama. Aku pulak cuti sampai seminggu, maka berayalah sang isteri tanpa suami di sisi #teamrayatanpasuami bak kata Timah. Alhamdulillah. Orang lain mungkin lebih kurang bernasib baik, Nak beraya bersama keluarga pun belum tentu. InsyaAllah jika diberi keizinan dariNya, tahun depan beraya bertiga pulak. Amin.. Syukur Ya Allah..

I Love Us! 


Monday, October 19, 2015

Mendaki Bukit Broga, Semenyih.



Akhirnya tercapai jugak hasrat nak mendaki Bukit Broga walaupun telah tiga kali rancangan untuk mendaki Bukit Broga kecundang. Masa kali pertama rancang dengan Cik Tim. Aku siap dah menginap kat rumah Cik Tim pada malam sebelumnya. Alih-alih hujan pulak malam tu. Jadi kami batalkan misi pendakian sebab kami expect mesti licin nak mendaki tu nanti. 

Kali kedua rancang dengan Chak. Tapi tak kesampaian jugak sebab pagi tu terlajak tidur tahu-tahu dah cerah. Memang tak lah. Subuh pun dah ke laut. Kali ketiga rancang dengan Chak jugak tapi terpaksa batalkan sebab tiba-tiba ada hal yang lebih urgent. Finally, Semalam Chak bawak aku sampai ke Semenyih untuk daki Bukit Broga. TQ sayang! 



Pukul 6 pagi aku call Chak untuk make sure dia dah bangun. Alhamdulillah sekali call je terus pick up hehe. Kami gerak pun matahari dah mula naik. Walaupun hakikatnya matahari pagi tu sendu saja sebab jerebu. Tak sangka pulak jerebu datang balik sebab hari-hari sebelum tu cuaca agak cerah. Kami sampai di kaki bukit pukul 7.30 pagi.

Tak sangka keadaan jerebu kat Semenyih masa tu lagi tebal berbanding di KL. Sampai sana kami dah goyang. Nak naik ke tidak. Tapi bila tengok ruang parkir yang disediakan penuh siap orang parking di bahu-bahu jalan, kami teruskan jugak. Aku ingat dah lambat, rupanya ramai lagi yang turut sama baru sampai.

Sampai je kami terus warm up. Penting untuk warm up takut nanti tiba-tiba cramp pulak. Ah sudah. Awak dah la jenis jarang bersukan. Kerja hari-hari duduk dalam aircond sampai ke petang. Settle warm up rerus start panjat. Di kaki Bukit Broga tu ada disediakan warung kecil bagi sesiapa nak beli air mineral atau makanan ringan sekadar mengalas perut.


Aku pulak baru berjalan dalan 20 tapak dah terasa mengah. Sah sebab dah lama tak bersenam. Awal pendakian jalan agak landai. Bagi aku yang tak biasa ni rasa mencabar lah jugak. Maklumlah, badan pun tak berapa nak fit. Stamina kurang. Empat lima kali jugak aku berhenti LOL! 

Walaupun dalam cuaca yang berjerebu tapi ramai jugak orang lain yang sama-sama mendaki. Chak cakap masa dia pegi dulu pemandangan lebih cantik dengan langit yang membiru. Mungkin bukan rezeki aku. Tapi dapat jejak kaki di sini pun aku sudah rasa happy. Cuma terkilan sebab tak dapat lepak lama-lama kat atas tu sebab aku nak terbuang hajat! Dah, TURUN! TURUN!

Bergambar sebelum meningkatkan Broga!



Tuesday, October 6, 2015

Hampir Ke Sana


Assalamualaikum. 8 Oktober 2015. InshaAllah genap lagi 100 hari hingga majlis pernikahan Chuu & Chak yang bakal berlangsung. Walaupun harini baru 6 Oktober, nampak tak betapa excitednya nak post entry nih haha. InshaAllah.. Harap-harap dipermudahkan segala urusan. Aminn. So far, masih banyak jugak lagi yang belum settle. Rasa macam semua benda nak buat. Tapi Alhamdulillah rasanya semua dah sentuh dari catering, jemputan, goodie bag hinggalah ke persiapan diri pada hari majlis.Tengok orang lain siap ada blog khas untuk wedding  diorang. Curlass uoulz! “Diari Perkahwinanku” Cenggitu bunyi tajuk blog uoulz ya? 

So hari ni just nak tepek sikit majlis pertunangan tempoh hari. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Rasa macam ntah macam mana tiba-tiba bertunang. Asalnya saja-saja beli cincin sebab Cawangan Jabib Jewel KLCC buat clearance sale sebab diorang nak buat renovation. Tup Tup emak Chak suruh beli lagi satu cincin untuk sekali merisik dan bertunang. Then terus tetapkan hari bila nak nikah. Kita follow the flow je. Alhamdulillah :)
Majlis Pertunangan kecil-kecilan saja. Antara dua keluarga.
Kawan pun saya jemput my bff Cik Tim sorang saja.
Hantaran untuk Chak saya DIY sendiri saja.
Gambar tak cukup lagi 1 dulang. So total 7 dulang :D
Mudah-mudahan persiapan semuanya berjalan lancar. Same goes to kawan-kawan yang turut sama bakal melangsungkan majlis perkahwinan especially dalam usia lingkungan saya. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada jemputan dari kawan-kawan. Bagi yang sudah berumah tangga, selamat berkasih sayang! ♥

Monday, September 28, 2015

5 Tips Penjagaan Mata



Tingkatan 1. Kalau nak diikutkan seawal usia 13 tahun saya dah mula pakai kaca mata. Tapi nak tahu jugak, rabun ni disebabkan keturunan ke? sebab mak dan abang pun berkaca mata jugak. Atau mungkin jugak sebab masa kecik suka sangat pinjam pakai spek emak acah-acah kononnya nampak hebat dan cool dengan kaca mata. Pakai spek emak yang ada power tinggi tu, lepas tu tengok lantai. Wow nampak macam berada di tempat yang tinggi. Mungkin sebab effect power pada spek tu. Tapi bila dah mula rabun dan perlu bergantung pada kaca mata, sikit pun tak cool okey! 

Masa zaman sekolah menengah terpaksa la jugak pakai spek. Namapun rabun kan. Kalau time hari sukan tuh jangan cakap lah. Siap berbelang muka disebabkan spek--muka sunburn tapi kat area spek pakai spek mata tu tak berapa nak burn pulak. Bila buka spek dah rupa ninja. LOL! 

Mata ninja beraksi HAHAHA!
Time tingkatan 4, kemuncak saya aktif volleyball (berpeluang join tournament bola tampar negeri selangor). Masa tu saya mula belajar pakai kanta lekap 'contact lens' sebab susah sangat bila tounament main bola tampar dengan spek. Dan dari situ saya rasa selesa dan seronok dengan contact lens. Rasa macam dapat mata semula. Tapi saya still pakai cermin mata jugak. Cuma kadang-kadang bila perlu baru saya pakai contact lens..hinggalah sekarang. Dan dalam dua tahun kebelakangan ni saya rasa contact lens bukan lagi keperluan tapi kemestian!


******

Baru-baru ni saya terbaca satu post di laman instagram, pasal seorang remaja yang hampir kehilangan penglihatan sebab pakai contact lens (saya syak mungkin juga sebab dia kurang ambil berat tentang kebersihan contact lens). Dan tak lama lepas tu Chak share benda yang sama dengan saya padahal saya memang dah baca dulu. Chak concern dengan kesihatan mata saya. Cuma dia banyak bagi nasihat dan tak paksa saya. Chak banyak buat saya berfikir. Saya suka cara dia. 

Malam tu jugak saya nekad nak buat spek baru. Rasa macam nak tukar angin. Rehatkan mata buat sementara waktu. Saya mungkin tak boleh tinggalkan contact lens buat selamanya tapi sekurang-kurangnya saya kena bagi ruang pada mata untuk berehat. Sebab bila pakai contact lens mata akan cepat penat dan kering. Lagi-lagi bila bekerja dalam aircond sepanjang hari. Tambahan pula contact lens saya takde filter untuk silau padahal saya ada masalah silau disamping rabun. 

Dan akhirnya, tadaaaaaaaa!

Spek dari Crizal suggested. Sekarang penting untuk pakai spek yang dapat protect mata.
Tambahan zaman sekarang kita banyak menghadap komputer dan smartphone.

Saya buat spek Crizal kat Jusco Au2, tiga hari baru spek siap.

Banyak kali sebenarnya saya bertangguh untuk buat spek baru. Sampai satu malam tu mata saya rasa sakit macam pedih sikit. Bila bangun pagi je mata sebelah dah bengkak. Ok masa tu dah tak boleh tangguh lagi. 

Sorry dah membebel panjang baru nak saya nak share sikit tips penjagaan mata:
  • Perhatikan Jarak Membaca Buku. Pastikan jarak ketika membaca tidak terlalu dekat dan ideal. Sam jugak macam menonton TV. Mak ayah kita mesti marah kalau tengok TV dekat-dekat sebab mak ayah tak nak mata anak dia rosak.
  • Pencahayaan Yang Cukup. Penting untuk membaca dalam cahaya yang cukup. Kalau cahaya kurang mata pun terpaksa bekerja lebih keras untuk fokus. Bagi mereka yang suka surf internet via smartphone malam-malam sebelum tidur, dalam gelap-gelap tu.. seeeloknya elakkan sebab mata boleh cepat rosak. Kalau yang dah memang rabun tu, power rabun boleh jadi naik.
  • Istirehat mata. Usahakan untuk merehatkan mata. Kalau terlalu lama menghadap komputer ketika bekerja atau belajar, sekali sekala rehatkan mata. 
  • Jangan Gosok Mata. Kadang-kadang mata terasa gatal. Jari kita laju je tonyoh-tonyoh mata sampai nak terkeluar anak mata dek nak hilangkan gatal. Tapi kena beringat kadang-kadang kita tak perasan tangan kita kotor dan boleh mengganggu kesihatan mata.
  • Makanan Untuk Mata. Banyakkan makan makanan yang baik untuk kesihatan mata. Apa makanan tu? Pergi google sendiri hahaha!


Bila pakai spek, pakai shawl muka pun jadi kembang semangkuk--
salah satu sebab tak suka pakai spek hehe
Bersyukurlah kalau anda masih mempunyai kesihatan mata yang baik dan terang. Saya cemburu sebenarnya tapi saya jugak bersyukur sebab masih mampu melihat. Dan kalau ada rezeki saya nak buat rawatan lasik untuk pulihkan mata saya. InshaAllah ^^



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.