Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Monday, May 13, 2013

Kayak

Hyeps! Happy Monday. Hari ni aku ambil cuti sehari, saja nak pakai cuti tahunan aku yang masih berbaki plus cadangnya nak uruskan pendaftaran haji dekat cawangan tabung haji. Semua segala urusan dipermudahkan. Ok. Tu intro.

Baru beberapa hari lepas sembang-sembang dengan Aien pasal aktiviti-aktiviti luar. Sebenarnya aku memang agak suka buat aktiviti macam hiking, kayak, jungle tracking semua tu. Seronoknya semalam dapat pergi Port Dickson. Kalau nak diikutkan Bangi ke Port Dickson takde lah jauh sangat kut. Aku rasa aku dah lebih 5 kali berulang ke sana sepanjang aku di Bangi. 

Asalnya semalam nak mandi laut je..santai-santai. Tah macam mana boleh termain kayak pulak. Woha! Lagi lah aku suka. Murah saja. RM15 untuk sejam. Aku ingat berpuluh-puluh ringgit. Lagi pun makcik yang handle kayak ni pun sempoi je aku tengok macam tak berkira sangat haha belasah je lah XD

Masa kayak tu matahari dah terpacak betul2 atas kepala. Panas woh!

Langit nan membiru. Cewahh!
Mujur semalam cuaca pun cantik. Dapat menikmati pemandangan laut yang luas terbentang. Ahh..nyamannya! Terima kasih encik Chak sebab teman saye jalan-jalan. Lain kali nak datang ramai-ramai..boleh main banana boat pulak! JOM korang :D  Oh ya, Happy 3rd anniversary awak. EH! 





Monday, May 6, 2013

Ketam Goreng Tepung


Aku godek blog nih tak jalan jugak. 
Entah coding mana aku usik hari tu. 
Tukar templete sume aku dah buat tapi haram. 
Degil dia, masyaallah. 

Aku apply cuti untuk hari isnin (harini). 
Heaven duk kampung. 
Dakwat kekal di jari pun dah kian lutur. 
Tak nak balik Bangi. Boleh?


Friday, April 26, 2013

Task Paling Payah Kat Opis






Wednesday, April 24, 2013

Dah kenapa?



Sidebar aku tercampak ke bawah bila berada di menu HOME. Entah dah kenapa aku pun tak tahu. Bila bukak tab menu lain oke pulak--pandai pulak dia kembali ke pangkal jalan. Dah kenapa. Eh, button komen tu boleh click tak? Aku try-try macam x boleh je. Adakah ini dinamakan disable left click? # Pitam.

Mohon bantuan.

p/s: dah lama tak lukis doodle Chuu Muqhlis hikhik!


Thursday, April 18, 2013

kecik-kecik cili padi, makin besar makin menjadi


Malam tu tiba-tiba perut aku mengidam nak makan stimboat pakcik lori kat downtown Jalan Reko. Aku pun tak pasti samaada perut atau tekak aku yang sebenarnya mengidam. Errr boleh seseorang bagitahu?  Dengan campuran sempurna kuah mayonese pedas, black paper dan kisaran cabai hijau yang diadun sempurna terbayang-bayang di ruangan mata. Berpanoramakan teruna-teruna yang turut serta menghabiskan masa mencekik di situ. Aku syak mungkin student UKM sebab dekat je. Eh, entah lah, aku tak tahu budak UKM selalu lepak mana sebab selama aku di bangi ni pun tak tahu tempat mana yang best. Aku agak je. Aku cari kalau-kalau ada tempat dangdut tak jumpa pulak. Kalau ada pun boleh aku suggest untuk H, kahkah terbahan lak!

Aku keluar lewat sikit sebab datang awal-awal pun downtown tak bukak lagi. Nak dijadikan cerita dari rumah aku gerak dengan nurul (housemate aku) terus ke Jalan Reko dengan satu misi yang pasti—pekena stimboat pakcik lori. Oh ya, Stimboat Bulan Bintang namanya. Tapi, harapan. Harapan yang aku bina musnah di tengah jalan. Aku terlupa pulak yang downtown nih tutup setiap hari isnin. Maka terpaksalah kami melupakan hasrat yang satu tu lalu melencong ke kedai-kedai makan yang lain untuk mengalas perut yang sedang lapar. Oke, kali ni aku pasti yang mengidam tadi sebenarnya perut bukan tekak.

Tak banyak masalah nak cari tempat makan kat Bangi nih. Kedai makan bersepah-sepah. Berhenti kat sebuah kedai makan, aku order bihun kungfu… “wachhaa!” (kalau sebut bihun/mee/kuey teow kungfu wajib sebut ‘wachhaa!’ stail macam orang berkungfu) Chak yang ajar aku makan menu nih dan sampai sekarang menjadi antara faveret jugaklah. Selesai makan kami terus balik rumah.


Elok je dah parking kereta, mestilah nak naik atas kan. Ermm, aku duduk kat flat taw. Sebab tu aku cakap kena naik atas. Dari bawah aku dengar suara adik-adik lelaki umur antara 8-9 tahun (aku agak je lah umur tu sebab memang suara budak-budak)  dari tingkap salah satu rumah di situ. Tak pasti suara tu dari tingkat berapa tapi dekat je kot sebab boleh dengar dengan jelas--“piwwit! piwwit” Amboi dik.




 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.