Menyesal pulak suruh orang teka usia aku pada previous post haha. Wondering aku ni nampak matang agaknya #tak nak mengaku nampak berusia (sedaya upaya cuba mengelak daripada menggunakan perkataan t*a) LOL.
Bukan usia yang ingin dijadikan cereka sebenarnya jauh sekali untuk berduka cita. Tapi sekadar untuk membunuh masa yang aku kira sebelum-sebelum ini susah nak dapat ruang sebegini. Kata begini yang aku maksudkan adalah membuat terbitan di blog- di ofis.
Kisahnya, semalam ada seorang teman rapat. Rapat sangat plus baiiiiiiiiiiiiiiiiiiik hati lagi budiman belanja aku steamboat. Nampak tak betapa baiknya beliau. Burpp! kenyang perut senang hati. Aku ingat aktiviti kitorang setakat di situ. Tapi lepas tu shoot tengok wayang pulak. Beautiful Creatures tajuknya.
Sumber: Google
Aku tengok tiket, cerita tu kat hall 5. Then, confiden je lah masuk hall. Duduk kat seat. Betul-betul macam apa yang tertera pada tiket. Orang cakap cun-cun memang seat untuk kitorang. At the time cerita bermula, aku macam dapat menghidu sesuatu yang pelik. Eh, kenapa macam dah penah tengok cerita ni? Hansel and Gratel? Aku check balik tiket rupanya salah masuk hall!
Sumber: Google
Tapi apa pun, Beautiful Creatures tu aku boleh bagi 2 star je kot, out of 5. Tengok poster dia pun boleh tahu, cerita ni nak buat ala-ala Twilight gitu. Berlatar belakangkan cinta antara manusia biasa dan luar biasa, dunia magis dan ahli sihir. Nak dibandingkan dengan Hansel And Gratel yang aku tonton tempoh hari, 4 out of 5 boleh dapat la kot. kehkehkeh.