Pages
▼
Thursday, May 30, 2013
Saturday, May 18, 2013
Daftar Haji Guna KWSP
Aku rasa entry ni agak basi sebenarnya sebab dari hari tu nak update tapi asyik tertangguh saje. Bukan apa, nak update kat opis banyak keje. Dah sampai rumah menjadi-jadi pulak malasnya.
Tempoh hari aku telah menunaikan hajat untuk mendaftar haji. Ni lagi satu hal. Dari dulu asyik tertangguh tapi kali ni bersebab. Simpanan belum cukup ekeke. Untuk mendaftar haji kena ada minimum RM1300 dalam akaun tabung haji. Alhamdulillah akaun tabung haji sedari kecil lagi ayah dah tolong bukakkan.
Tapi kalau tak cukup simpanan pun takpe sebab ada option lain. Syaratnya mendaftar guna KWSP. Syaratnya akaun pertama ada sekurang-kurangnya RM1300. Hari tu first time print out penyata KWSP. Mula-mula ingat akaun kedua yang kena ada RM1300 tu. Dah sedih dah tak dapat nak daftar. Rupa-rupanya akaun pertama. Syukur. Jadi bolehlah teruskan hehe.
Daftar kat mana-mana cawangan tabung haji pun boleh. Senang dan cepat je urusan pendaftaran tu cuma bawa IC dan penyata KWSP. Dan make sure akaun pertama tu mestilah at least RM1300. Macam awak ni tak sampai setahun pun lagi bekerja jadi, ada cukup-cukup makan je. Cuma haritu masa daftar ramai betul orang, kena lah tunggu lama sikit.
Monday, May 13, 2013
Kayak
Hyeps! Happy Monday. Hari ni aku ambil cuti sehari, saja nak pakai cuti tahunan aku yang masih berbaki plus cadangnya nak uruskan pendaftaran haji dekat cawangan tabung haji. Semua segala urusan dipermudahkan. Ok. Tu intro.
Baru beberapa hari lepas sembang-sembang dengan Aien pasal aktiviti-aktiviti luar. Sebenarnya aku memang agak suka buat aktiviti macam hiking, kayak, jungle tracking semua tu. Seronoknya semalam dapat pergi Port Dickson. Kalau nak diikutkan Bangi ke Port Dickson takde lah jauh sangat kut. Aku rasa aku dah lebih 5 kali berulang ke sana sepanjang aku di Bangi.
Asalnya semalam nak mandi laut je..santai-santai. Tah macam mana boleh termain kayak pulak. Woha! Lagi lah aku suka. Murah saja. RM15 untuk sejam. Aku ingat berpuluh-puluh ringgit. Lagi pun makcik yang handle kayak ni pun sempoi je aku tengok macam tak berkira sangat haha belasah je lah XD
![]() |
Masa kayak tu matahari dah terpacak betul2 atas kepala. Panas woh! |
![]() |
Langit nan membiru. Cewahh! |
Mujur semalam cuaca pun cantik. Dapat menikmati pemandangan laut yang luas terbentang. Ahh..nyamannya! Terima kasih encik Chak sebab teman saye jalan-jalan. Lain kali nak datang ramai-ramai..boleh main banana boat pulak! JOM korang :D Oh ya, Happy 3rd anniversary awak. EH!
Monday, May 6, 2013
Ketam Goreng Tepung
Aku godek blog nih tak jalan jugak.
Entah coding mana aku usik hari tu.
Tukar templete sume aku dah buat tapi haram.
Degil dia, masyaallah.
Aku apply cuti untuk hari isnin (harini).
Heaven duk kampung.
Dakwat kekal di jari pun dah kian lutur.
Tak nak balik Bangi. Boleh?