Pages
▼
Friday, April 26, 2013
Wednesday, April 24, 2013
Dah kenapa?
Sidebar aku tercampak ke bawah bila berada di menu HOME. Entah dah kenapa aku pun tak tahu. Bila bukak tab menu lain oke pulak--pandai pulak dia kembali ke pangkal jalan. Dah kenapa. Eh, button komen tu boleh click tak? Aku try-try macam x boleh je. Adakah ini dinamakan disable left click? # Pitam.
Mohon bantuan.
Mohon bantuan.
p/s: dah lama tak lukis doodle Chuu Muqhlis hikhik!
Thursday, April 18, 2013
kecik-kecik cili padi, makin besar makin menjadi
Malam tu tiba-tiba perut aku mengidam nak makan stimboat
pakcik lori kat downtown Jalan Reko. Aku pun tak pasti samaada perut atau tekak
aku yang sebenarnya mengidam. Errr boleh seseorang bagitahu? Dengan campuran sempurna kuah mayonese pedas,
black paper dan kisaran cabai hijau yang diadun sempurna terbayang-bayang di ruangan
mata. Berpanoramakan teruna-teruna yang turut serta menghabiskan masa mencekik
di situ. Aku syak mungkin student UKM sebab dekat je. Eh, entah lah, aku tak tahu
budak UKM selalu lepak mana sebab selama aku di bangi ni pun tak tahu tempat
mana yang best. Aku agak je. Aku cari kalau-kalau ada tempat dangdut tak jumpa
pulak. Kalau ada pun boleh aku suggest untuk H, kahkah terbahan lak!
Aku keluar lewat sikit sebab datang awal-awal pun downtown
tak bukak lagi. Nak dijadikan cerita dari rumah aku gerak dengan nurul
(housemate aku) terus ke Jalan Reko dengan satu misi yang pasti—pekena stimboat
pakcik lori. Oh ya, Stimboat Bulan Bintang namanya. Tapi, harapan. Harapan yang
aku bina musnah di tengah jalan. Aku terlupa pulak yang downtown nih tutup
setiap hari isnin. Maka terpaksalah kami melupakan hasrat yang satu tu lalu
melencong ke kedai-kedai makan yang lain untuk mengalas perut yang sedang
lapar. Oke, kali ni aku pasti yang mengidam tadi sebenarnya perut bukan tekak.
Tak banyak masalah nak cari tempat makan kat Bangi nih.
Kedai makan bersepah-sepah. Berhenti kat sebuah kedai makan, aku order bihun
kungfu… “wachhaa!” (kalau sebut bihun/mee/kuey teow kungfu wajib sebut ‘wachhaa!’
stail macam orang berkungfu) Chak yang ajar aku makan menu nih dan sampai
sekarang menjadi antara faveret jugaklah. Selesai makan kami terus balik rumah.
Elok je dah parking kereta, mestilah nak naik atas kan. Ermm,
aku duduk kat flat taw. Sebab tu aku cakap kena naik atas. Dari bawah aku
dengar suara adik-adik lelaki umur antara 8-9 tahun (aku agak je lah umur tu sebab
memang suara budak-budak) dari tingkap
salah satu rumah di situ. Tak pasti suara tu dari tingkat berapa tapi dekat je
kot sebab boleh dengar dengan jelas--“piwwit! piwwit” Amboi dik.
Bidan Terjun: Mini Gathering
So aku orang terakhir la kot yang update pasal apa yg berlaku. Rata-rata yang datang kat blog ni pun orang dari blog Bundle, H mahupun Syida. Dorang semua pun dah cerita. Sebagai pelengkap, aku update jugak lah pasal mini gathering kononnya.
Kalau nak diikutkan. Bundle merupakan antara orang awal yang dok melekat kat blog ni. Mungkin sebab kepala beliau yg sedikit mereng tu yang buat aku ngam untuk turut serta mereng kahkah! borak-borak-borak kenal pulak Liyaa. Aku sebenarnya teringin nak jumpa liyaa gak. Kalau malam tu liyaa turut serta aku syak mesti lebih meriah. Sebab aku tahu liyaa pon stok macam syida jugak. Tetttt. Then barulah aku kenal H, Syida.. dan blogger lain yang aku rapat jugak. sori tak dapat nak mention semua.
Kadang-kadang benda yang kita tak jangka tu berlaku jugak. Aku betul-betul tak percaya dapat jumpa berdepan live dengan mereka-mereka nih. Selalu je nampak orang update pergi gathering blogger tapi tak terlintas pulak kat kepala aku untuk join. But then kali ni lain sikit. Bila H, Syida ajak jumpa. Aku rasa teruja. Kalau bukan kali ni bila lagi? Aku gagahkan jugak dari bangi ke Shah Alam. Sebenarnya aku nak terima kasih kat housemate aku yang sudi teman sampai ke Shah Alam tu. Kalau tak, aku tak sampai agaknya.
Nak kata semua malu-malu mungkin jugak, dah macam first date. Tapi aku memang seronok dapat jumpa diorang. walaupun baru jumpa sekali tapi rasa dah kenal lama dan memang dah kenal lama--tu pun dalam blog je lah. Mengarut merapu semua kat blog.
Harap-harap lepas ni boleh jumpa lagi, mungkin lebih ramai. Rasa lebih bersemangat untuk blogging kehkehkeh
Pssst~ oh ya. aku tak puas hati betul korang cakap aku manja. aku garang okay rawrr! o(≧o≦)o
Monday, April 15, 2013
Belah dada
Boleh tolong buat keputusan untuk aku? Between balik kampung jumpa emak dan ayah yang dirindui dengan join memember picnic. Tak tahu nak ikut yang mana. Rasa berbelah bahagi darab campur tolak semua ada. Nasib baik pecahan algebra tarik diri tak nak masuk campur. Kalau tak bertambah pening agaknya.
"Helo mama, kalau nak join memember pegi piknik boleh?"
Friday, April 12, 2013
Terbitan Buat Teman
Enam bulan yang lalu. Seminggu selepas aku melangkah ke fasa
hidup yang baru iaitu fasa alam pekerjaan. Dan pada ketika itu dia masuk
melapor diri. Tugas dia mengurus hal ehwal kewangan merangkap admin sepenuh
masa. Selalunya bab-bab admin nih
perempuan yg buat tapi ternyata dia mampu menjalankn tugas dengan jayanya. Aku
tak tahu dari sudut pandangan orang lain macam mana. Tapi dari sudut mata aku
yang kurang arif bab admin nih. Rasa mcm oke je. Tambahan dia ada pengalaman
dalam bidang ni sebelum ni. So advantage la kot.
Dari situ dia banyak bercerita tentang pengalaman dan cara
dia bekerja. Chak bilang, kita kena rajin bertanya dan bersembang dengan orang.
Barulah kita dapat belajar sesuatu yang baru. Masuk hari ketiga, aku dah nampak
something wrong dengan dia. Aku tak cakap dari sudut yang negative. Something
wrong yang aku maksudkan—masuk air.
Sebelum ni biasa jugak jumpa orang jenis macam ni. Tapi masuk air dia
lain macam sikit. Mungkin kalau kau ada dengan dia kau akan tahu. Cukuplah
barang 10 minit, kau akan turut masuk air.
Nak dijadikan cerita, kalau ada dia nih, maka satu ofis
boleh masuk air. Dengan bos-bos sekali terlibat sama. Eh kau faham tak masuk air yang aku maksudkan
ni? Maksud aku, cakap dia ni banyak yang mengarut..ada je bahan buat orang
tergelak. Sampai satu tahap kau tak dapat nak bezakan benda yang dia cakap tu
serious atau sekadar gurauan. Konfius. But then syok ade kawan macam ni. Ceria
je hidup. Satu perkara aku respek — agama cukup dia jaga. Alhamdulillah.
Dan selepas ini. Takde siapa lagi nak masuk air kat ofis tu.
Tak tahu la pulak kalau ada orang lain yang akan masuk same kepala macam dia. “Tahniah
sebab dapat masuk line government. Semoga terus maju jaya dalam apa bidang
sekali pun” Team GLSB akan merinduimu. Cewah!
Thursday, April 11, 2013
Artwork: Banner Facebook
Assalamualaikum. Apa khabar korang? Dalam kepala aku ada cerita yang ingin dikongsikan. Selalunya time tengah mandi datang je idea untuk dicoretkan. Macam takde time lain nak datang idea tu kan. Alih-alih lepas mandi..nantilah..emm lain kali lah..buat kerja lain dulu lah. Nampak?
Tapi takpe., kali ni aku bagi ringan-ringan je. Jamu mata. Antara artwork simple2 untuk banner facebook; Kome ada FB banner dop? Kalau takde jangan segan2 boleh order ye kehkeh.
1) Banner Chuu Closet: ni untuk gugurl2 yg kaki shopping. Tak kaki pun takpe. Asalnya design ni untuk client. Tapi kene reject so aku kutip jadi banner page aku sendiri.
2) Produk untuk bakal mummy, mummy dan baby2 comelz. Ni kire pakej aku promote la kot. Free of charge. Aci tak cakap macam tu :P
3) Ni pun untuk online biz (clothing) Sayangnya aku cari LINK fb client ni tapi tak jumpa-jumpa. Kalau tak boleh la aku jugak tolong promote.









