Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Thursday, September 26, 2013

Padang Besar, Pelis

Last week menyempatkan diri untuk ke utara tanah air nun di Perlis membawa hajat.
Let the pics do the talks. Chow~



Saturday, September 7, 2013

Hai orang Morib, jumpa lagi esok!


Err..tak tahu nak mula dari mana. Tadi aku rasa macam excited siket sebenarnya nak update blog. Tapi sekarang macam lain sikit rasa dia. "Hai-hai orang Morib!" Mungkin asalnya aku patut bermula dengan ayat macam tu. 

Macam ni lah, beberapa minggu lepas aku dapat invitation untuk join satu gathering volleyball sekolah, SBPI SB. Err..dulu masa sekolah menengah aku aktif volleyball. Event Jumaat start 8 mlm dengan BBQ. Nak dijadikan cerita aku mulanya tak berniat pun untuk join tapi beberapa hari sebelum event tu berlangsung, Syakirah (teammate) inbox aku. Dia ajak ke Morib, tempat berlangsungnya event tersebut. Dan semuanya berjalan lancar. Aku ajak Bahie, dia pun on. Everything run very smoothly. Aku carpool dengan Bahie dari Bangi melalui Pekan Dengkil, Pekan Banting sampailah ke Morib. Cuma dah dekat dengan Morib tu kitorang macam konfius sikit. Tapi alhamdulillah sampai jugak- Pusat Peranginan Persekutuan Morib.
Betul-betul sebelah laut, tapi sumpah tak boleh mandi dengan keadaan macam ni.
Aktiviti cuma makan-makan, BBQ, then sembang-sembang. Mungkin tak banyak aktiviti yang boleh dibuat malam tadi tapi aku rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, kawan-kawan baru, junior-junior team volleyball, cikgu yang pernah train dulu, dan cikgu-cikgu baru yang memang sporting. Satu-satu kenangan dan cerita zaman sekolah dulu keluar balik dari kotak ingatan. Sekolah dulu duduk hostel kan.. so banyak lah ceritanya. 

BBQ
Main cak-cak dengan Bahie kahkah!
Sebahagian gugurlz yang hadir. 
Then pagi tadi lepas check out aku terus ke KPJ Kajang untuk follow up dengan doktor. Nasib baik ni follow up yang terakhir, tak larat dah nak datang KPJ selalu. Koyak poket aku hahaha. Aku ingat sampai je rumah aku nak rehat kejap. Walaupun semalam dapat tidur nyenyak tapi rasa mengantuk sangat. Planning untuk balik kampung lepas settle hal kat KPJ pun aku sanggup batalkan. Tengah rehat-rehat tu, abang aku pulak call. "Kau ade teringgal phone kat mana-mana ke? Ade orang dari Morib telefon ayah tadi" (phone lagi satu)

Ah sudah. Aku baru sampai dari Morib dah kena pergi Morib balik ke? Ntah macam mana boleh tak perasan. Jumpa lagi esok orang Morib. Tunggu, aku datang -__-ll

Friday, September 6, 2013

Rugi


Kelmarin baru berpeluang dan berkesempatan untuk tengok The Conjuring. Mesti cakap dah basi kan? err..sebenarnya takdelah nak tengok sangat tapi bila ramai yang cakap best, lama-lama aku pulak yang terpengaruh. Tah macam mana jadi bersemangat pulak nak tengok. Gigih balik keje terjah The Mines untuk beli tiket. 
Tapi..'ada tapinya', bak kata H. Disebabkan filem ni dah agak lama ditayangkan maka aku tak kisah sangat sebab mesti tiket masih ada. Takde lah macam stok goreng pisang panas..laju je terjual.Beratur punya panjang sampai depan kaunter tahu-tahu tinggal seat betul-betul depan screen. Takmo takmo takmo. Kalau macam tu memang aku rejek awal-awal. Balik tidur lagi bagus!

Wayang start pukul 10.45 malam. Sesuai sangatlah, cerita-cerita versi seram macam ni kalau tengok belah malam impact dia lebih sikit. Nak pulak jenis sepesen macam aku ni. Impact lagi la lebih..haha. Rugi je aku beli tiket sebab aku lagi banyak tutup mata dari tengok cerita. Hampeh betul. 
Sementara tunggu waktu tayangan, tuan belog nak posing jap.

Thursday, September 5, 2013

Another blog, another me.

Sejak-sejak masuk office nih makin sibuk pulak. Tapi tapi tapi..nak curik masa jugak untuk promote blog saya yang satu lagi. Blog yang lebih formal kot. A blog based on my design portfolio. Dengan suka cita, kepada baru nak berkecimpung dalam bisness saya mengambil tempahan untuk branding seperti: 

LOGO design, name card, banner, banner FB, header, blog header, flyers/ risalah, kad undangan perkahwinan, self portrait vector, poster.dll



Nanti saya share design kad kahwin pulak dengan korang.
Kindly spread the news ya! (≧◡≦) 



Sunday, September 1, 2013

Blogger Kopitiam!

Tak sangka hubungan kami boleh pergi sejauh ini. Terasa macam satu family. Walau hakikat sebenarnya sebelum ini kami langsung tak kenal antara satu sama lain dan tak pernah berjumpa. Kali ni lebih istimewa sebab lebih ramai yang hadir. Yakin! 

Allahuakbar walaupun penat berjalan ke Melaka tapi rasa sangat berbaloi. Perjalanan ke Alor Gajah, Melaka dengan hajat untuk meraikan kawan blogger tarlaksana dengan jayanya walau banyak halangan yg datang semua berjaya kami harungi. Yakin lagi! Eh aku terlupa bagitawu, yang berkahwin itu Aien namanya.
The interesting parts.
Berkonvoi dengan empat kereta, aku, H, Ym Bundle bersama isteri dan anaknya, Kakdah bersama tunang dan kawan-kawannya dan 4feet8 bersama adiknya. Eh tertinggal, Liyaa MF turut serta bersama suami tercinta bertolak dari selatan, Larkin, Johor Walaupun ni kali pertama berjumpa Aien, Aien cantik sangat. memang sesuai dengan gelaran raja sehari. Eh tertinggal lagi, Liyaa pun baru first time aku jumpa. Very the excited! ahaha :D

Singgah berbanana boat di Port Dickson 
Hari ni pulak kenduri kahwin lagi seorang rakan blogger, Repunzel. Kebetulan tarikh sebelah-sebelah. Sekali jalan. Harap sangat hari ni dapat jumpa Inche Hlovate sebab semalam kami semua tak berkesempatan jumpa beliau.Sampai jumpa nanti!

p/s: Selamat Hari Kemerdekaan!

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.